Berus bulu babi tak sepatutnya dirampas, kata Najib

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan pegawai penguat kuasa semasa operasi baru-baru ini terhadap peniaga menjual berus cat, berkata mereka sepatutnya tidak terlalu terburu-buru, lapor The Star.

“Saya faham isu berus cat bulu babi tetapi kita tidak boleh merampas dan mengkompaun peniaga.

“Kita hidup dalam masyarakat majmuk, perlu menghormati kaum lain di negara ini,” kata beliau semasa majlis Tahun Baru Cina di SJK Chung Hua semalam.

Awal minggu ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merampas berus cat disyaki dibuat daripada bulu babi dan mengenakan peniaga kompaun.

Najib tidak bersetuju dengan kelakuan pegawai penguatkuasa dan berkata kementerian sepatutnya menasihatkan peniaga melabelkan berus cat sewajarnya.

Najib berkata kerajaan akan meneruskan dasar menegakkan sikap saling menghormati di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan menolak sebarang bentuk ekstremisme.

“Sebagai perdana menteri, saya komited meneruskan amalan baik nenek moyang kita yang percaya kesederhanaan merupakan kunci kepada kehidupan aman dan harmoni,” katanya.

Pada Khamis, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengarahkan pegawai penguat kuasa menghentikan operasi merampas berus cat diperbuat daripada bulu babi.

Ia susulan rampasan 2,003 berus cat yang diperbuat daripada bulu babi bernilai RM10,988.94 dalam tindakan tegas di seluruh negara.

Peniaga juga diberi masa sebulan melabelkan berus dengan betul, dengan menyatakan jika ia perbuat daripada produk babi atau anjing.

 

Sumber :
– www.freemalaysiatoday.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment