“Berdosa hina gambar saya mengandung” – Nur Sajat


Loading...

KUALA LUMPUR — Nur Sajat Kamarul Zaman menggesa tiada pihak yang menghina gambarnya dalam keadaan hamil kerana ia satu dosa. Usahawan kosmetik berkata gambar yang tular di media sosial itu diambil empat tahun lalu dalam sebuah penggambaran video komersial.

“Biasalah, orang cantik selalu kena kecam. Sajat tahu apa Sajat buat.

“Jangan hanya kerana gambar, mereka nak menghina dan menghukum Sajat. Itukan sudah dosa.

“Dulu Sajat sekadar orang biasa, makan gaji dan kehidupan macam orang biasa. Tidak ada pula yang nak kecam.

“Bila Sajat dah berada di tahap sekarang, banyak yang cuba nak memperlekehkan Sajat. Itu adalah normal,” katanya seperti dilaporkan portal mStar.

Gambar tersebut pernah dimuat naik di akaun Instagram miliknya ketika Sajat diminta menggayakan penampilan wanita hamil.

Sajat berkata sebelum bergelar usahawan, beliau pernah menjadi model dan penari namun apa yang dilakukan kurang disenangi pengguna media sosial.

“Memang saya ‘upload’ gambar ini, tetapi tujuannya hanya berkongsi kerjaya Sajat saja.

“Dulu pun biasa jadi pelakon tambahan, jadi tidak salah kita nak jadi watak apa pun.

“Tidak ada pun yang lebih, yang terlebih mengata itu adalah netizen,” beliau dilaporkan berkata.

 

Sumber :
www.suara.tv

confess-ads

Loading...

Related Posts

Add Comment

Shares