Belum bercinta, Zulin sekadar testimoni, kata Ahya — Instant Article

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PUTRAJAYA, 10 Jun — Pelakon Ahya Rosli mendakwa bibit percintaan bersama Zulin Aziz masih belum berputik walau sudah lama mengenali penyampai radio itu.

Ahya, 30, berkata Zulin lebih berperanan sebagai testimoni terhadap latihan menurunkan berat badan yang diusahakan selama ini.

“Zulin tolong Ahya menarik orang lebih ramai sebab dia menjadi contoh. Dulu berat dia dalam 70kg lebih dan sekarang sekitar 60kg dalam masa sebulan.

“Kesannya cepat. Jadi banyak orang tanya. Dia menjadi contoh dan testimoni kepada program saya.

“Saya ajar semua peringkat bermula dengan muay thai hingga ke gimnasium dan kaedah diet,” katanya kepada ProjekMMO.

Pelakon filem “Tanda Putera” kini mengusahakan ZA Fitness Session bersama Zulin selain berlakon dan beraksi di pentas peragaan.

Terima kasih semuaaaaa ❤️ #zafitnesssession

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Anak pelakon veteran Normah Damanhuri ini juga mengendalikan kelas intensif mempertahankan diri seperti muay thai.

Ahya, nama popular Ahya Ulumuddin Rosli, berkata Zulin perlu bekerja lebih keras demi mendapatkan berat badan ideal yang diidamkan.

“Berat Zulin perlu diturunkan lagi sebab sebelum ini dia keracunan makanan dan doktor masukkan air dalam badan dia. Jadi berat badan dia naik semula.

“Dia kurus sebab dia rajin bukannya sebab saya. Dia jaga makan. Kalau dia ikut latihan tetapi tidak jaga makan, tidak kurus juga.

“Sebelum ini banyak lelaki. Kalau ada perempuan pun kurang serius. Jadi Zulin menunjukkan keinginan untuk kurus.

“Saya cuba turunkan berat badan Zulin di bawah 55kg,” katanya.

Zulin keracunan makanan pada Januari lalu ketika bercuti di luar negara.

Penyampai radio Suria FM itu dimasukkan ke hospital selama empat hari gara-gara membeli makanan di tepi jalan.

Ditanya bibit-bibit percintaan bersama Zulin, Ahya pantas menafikan.

“Tidak. Kalau betul, saya sudah kecohkan. Mereka yang berkata tidak kenal kami,” katanya dengan nada tenang.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
   

Related Posts

Add Comment