Bayi untuk dijual di Malaysia, boleh pre-order hanya melalui Facebook

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

BAYI UNTUK DIJUAL, BOLEH PRE-ORDER

Ya betul, betul dah tajuk tu, betullah apa yang anda baca tu. Malaysia sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila journalist daripada 101 East, Chan Tau Chou, menjalankan penyiasatan selama 4 bulan dalam usaha mengumpul maklumat dan bukti bagi mendedahkan kegiatan jual beli anak secara online ini.

Kegiatan ini dijalankan di laman sosial, Facebook melalui sebuah Closed Group yang dikendalikan oleh barisan admin yang menggunakan fake account.

bayi-untuk-dijual-di-malaysia-boleh-pre-order-hanya-melalui-facebook-10

bayi-untuk-dijual-di-malaysia-boleh-pre-order-hanya-melalui-facebook-2

Kami berjaya menemui group tersebut, namun ia telah ditetapkan sebagai ‘Closed Group’, di mana orang luar tidak akan diberikan akses untuk melihat post di group tersebut. Group tersebut terdiri daripada 2, 000 orang ahli. Walau bagaimanapun, kami masih boleh melihat siapakah admin group tersebut. Kami memilih untuk tidak menyatakan nama group tersebut supaya tiada yang akan mengambil kesempatan mengenai info ini dengan niat yang bukan-bukan.

MOTIF

Permohonan untuk pengesahan anak angkat yang sah di sisi undang-undang kebiasaannya mengambil masa yang lama di Malaysia. Ini yang menyebabkan ramai pembeli memilih sindiket ini. Selain itu, peningkatan khidmat industri seks di Malaysia juga mendorong warga asing yang tidak mahu menggugurkan kandungan mereka untuk menjualnya melalui kegiatan ini.

bayi-untuk-dijual-di-malaysia-boleh-pre-order-hanya-melalui-facebook-6

PENJUAL

Timbul persoalan, bagaimana mereka mampu membekalkan bayi yang ramai bagi menampung permintaan pembeli. Sepertimana yang saya tulis pada tajuk di atas, boleh pre-order, atau booking terlebih dahulu. Bekalan bayi ini dibekalkan oleh pekerja industri seks (pelacur) yang memilih untuk tidak menggugurkan kandungan mereka demi keselamatan diri mereka sendiri.

Sepanjang empat bulan siasatan yang telah dijalankan, seramai 78 orang wanita Indonesia mengandung telah tampil mempromosikan diri mereka, di mana pembeli akan diberikan katalog untuk membuat pilihan.

PEMBELI

Kegiatan ini mendapat sambutan hangat daripada mereka yang sangat teringin untuk bergelar sebagai seorang ibu atau bapa, dan sanggup untuk melanggar undang-undang deminya. Walaupun kita memahami kehendak mereka, ia amat mendukacitakan apabila kegiatan ini juga dimanfaatkan oleh golongan paedophile (mereka yang mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak) untuk memuaskan kehendak songsang mereka.

bayi-untuk-dijual-di-malaysia-boleh-pre-order-hanya-melalui-facebook-9

bayi-untuk-dijual-di-malaysia-boleh-pre-order-hanya-melalui-facebook-5

 

ORANG TENGAH

Ia amat mendukacitakan apabila sindiket ini berjaya dijalankan dengan mendapat bantuan daripada golongan doktor serta individu berpengaruh yang korup. Mereka bertanggungjawab mengeluarkan dokumen palsu mengenai kelahiran supaya tiada sesiapa yang tahu siapakah ibu sebenar bayi tersebut.

Menurut kumpulan 101 East yang menyamar sepanjang penyiasatan mereka dan dibantu oleh Jabatan Pendaftaran Negara, mereka berjaya mengumpul bukti tawaran daripada doktor yang menawarkan khidmat tersebut dalam bentuk video. Namun begitu, ia tidak dinyatakan mengenai organisasi pekerjaan doktor tersebut, samada kerajaan atau swasta.

 

HARGA

Bayi ditawarkan bermula dari harga RM 6,600 sehingga RM 11,000. Harga bayi akan melonjak sekiranya dilahirkan sebagai lelaki, dengan mengambilkira faktor lain seperti berat bayi, kaum serta warna kulit. Pendedahan ini telah disiarkan di saluran Al Jazeera pada 24 November 2016, jam 6.30 pagi (waktu Malaysia).

TONTON VIDEO PENDEDAHAN DARI AL-JAZEERA DI BAWAH INI

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=otvWPV_7cK0[/embedyt]

 

SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

PENJUALAN KANAK-KANAK

PUTRAJAYA, 25 NOVEMBER – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merujuk kepada laporan bertajuk “Al Jazeera Uncovered Babies- Selling Racket in Malaysia” yang disiarkan oleh Free Malaysia Today pada hari ini (25 November 2016) dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang aktiviti penjualan bayi yang dilakukan di Malaysia. KPWKM menyeru supaya pihak polis mengambil tindakan segera untuk menyiasat dan menangkap semua pihak yang terlibat dalam urusniaga yang amat kejam dan tidak bermoral ini.

Sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab ke atas perlindungan dan kebajikan kanak-kanak, KPWKM memandang serius akan isu penjualan kanak-kanak kerana ia adalah bercanggah dengan article 35 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan juga Protokol Pilihan berkenaan penjualan kanak-kanak, pelacuran dan bahan-bahan lucah terhadap kanak-kanak. Sebagai sebuah negara pihak kepada CRC dan protokol pilihannya, Malaysia mempunyai komitmen untuk mengambil segala langkah untuk mencegah kanak-kanak daripada sebarang aktiviti penjualan dan pelacuran.

Di bawah Seksyen 48, Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang terlibat dalam pemerdangan kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Sekiranya dibuat bagi tujuan eksploitasi seksual atau pelacuran pula, ia boleh dihukum di bawah seksyen 43(1)(aa) Akta yang sama iaitu dengan hukuman sebanyak lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun atau kedua-duanya.

Selain daripada itu, dalam pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 baru-baru ini, KPWKM juga telah memasukkan elemen yang membolehkan Malaysia melaksanakan konsep “Pemeliharaan Berasaskan Keluarga [PBK]”. Konsep ini mengutamakan penjagaan kanak-kanak oleh keluarga dan menjadikan institusi sebagai pilihan terakhir kerana keluarga adalah tempat yang paling baik untuk kanak-kanak membesar. KPWKM akan menubuhkan dua jawatankuasa dalam masa terdekat iaitu jawatankuasa pemandu dan teknikal yang akan melibatkan pelbagai stakeholders dalam melaksanakan PBK ini.

Bagi tujuan pelaksanaan konsep ini, Kerajaan perlu mempermudahkan prosedur pengangkatan (Adoption) dan Pemeliharaan (Fostering) bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk menjaga kanak-kanak yang ditinggalkan dalam rumah anak yatim. Prosedur pengangkatan adalah di bawah undang-undang pengangkatan yang ditadbir bawah Jabatan Pendaftaran Negara manakala prosedur pemeliharaan pula ditadbir di bawah KPWKM. Dengan mempermudahkan prosedur, KPWKM yakin ibu bapa yang ingin mengangkat atau mengambil anak pelihara tidak akan mengambil risiko membeli anak seperti yang dilaporkan dalam akhbar Free Malaysia Today di masa depan.

KPWKM ingin menyeru semua ibu bapa yang ingin mengambil anak angkat atau anak pelihara supaya menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah untuk mendapatkan nasihat dari pegawai JKM dan tidak memilih untuk mengambil tindakan yang melanggar undang-undang. KPWKM akan berusaha untuk membantu ibu bapa tersebut bagi mendapatkan anak melalui kaedah yang betul dan akan membimbing ibu bapa ini cara yang paling baik untuk menjadi ibu bapa yang penyayang.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
25 November 2016

 

Kredit :
– The Dressar & Co.
MyNewsViral

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment