Bayi 5 bulan didakwa hilang, ditemui dalam peti sejuk pengasuh

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia 5 bulan, yang dilaporkan hilang selepas dikatakan dilarikan individu tidak dikenali, ditemui mati dalam rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves, lewat malam tadi.

Mangsa, Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui dalam bahagian sejuk beku peti ais rumah itu kira-kira 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, mangsa ketika ditemui berada dalam sebuah beg berwarna hijau dengan berpakaian lengkap serta dibalut kain napkin.

“Penemuan mangsa berdasarkan maklumat yang diterima daripada pengasuh itu selepas proses rakaman percakapan yang dilakukan terhadap suspek dicurigai.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal anggota badan mangsa tidak menemui sebarang kecederan dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita hari ini

Ali berkata, pengasuh berusia 33 tahun itu ditahan bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, Adam Rayqal dilapor dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves, dekat sini.

Perkara itu disedari apabila ibunya, Farah Madiha Othman, 28, ingin menjemputnya pulang kira-kira 7 malam tadi.

Menurut pengasuh itu, Adam Rayqal yang baru seminggu dihantar ke rumah pengasuh itu diambil bapa mangsa.

Kehilangan Adam Rayqal tersebar dalam Facebook apabila bapanya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, memuat naik gambar mangsa dengan meminta orang awam membantu mengesan anaknya.

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment