Bayar RM3, makan sampai kenyang

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Langkawi: Bayar RM3, makan sampai kenyang. Itu konsep berniaga sambil beramal yang diperkenalkan seorang usahawan Bumiputera muda, di sini, bagi memberi peluang kepada keluarga besar untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah sambil berjimat.

Faiz Fahmi Sazali, 28, yang juga Pengarah Urusan Bin Ali Group berkata, konsep itu diperkenalkan bersama rakannya, Harizan Osman, 43, menerusi projek Dapur Rakyat Langkawi (DRL) di Langkawi Chef Corner di Padang Matsirat, di sini, semalam.

“Menerusi projek ini, orang ramai yang hadir bersama keluarga boleh memilih dan menikmati lebih 10 juadah disediakan secara layan diri dan makan sampai kenyang pada harga RM3.

“Bagaimanapun, mereka yang ingin menyertai projek bermula jam 11 pagi hingga makanan habis setiap hari perlu mendaftar dengan kami,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Faiz Fahmi berkata, buat permulaan pihaknya berhasrat mendaftar 500 ahli DRL terdiri pelbagai latar belakang dan sasaran keseluruhan 2,000 orang.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment