Bapa lega, berkat foto 3 anak naik satu basikal viral

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PETALING JAYA, 4 April—Kuasa viral media sosial, gara-gara foto seorang lelaki mengayuh basikal membawa tiga anak ke sekolah mendapat perhatian warga internet, nasib mereka menjadi bertambah baik.

Bukan sahaja beberapa individu tampil mahu menghulurkan bantuan kepada keluarga Rasuludin Jamal Mohamed, 40, dari Alor Setar, Kedah, malah agensi kerajaan turut menghubunginya untuk meringankan beban, lapor mStar Online.

Bapa anak empat itu berkata Kementerian Pendidikan negeri membantu urusan meletakkan anak-anaknya di asrama supaya tidak perlu lagi berulang ke sekolah sejauh tujuh kilometer setiap hari.

“Mereka nasihat dan cadang dua anak saya yang sekolah rendah berpindah ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah dan anak saya yang sekolah menengah masuk asrama.

“Alhamdulillah, urusan tukar sekolah hampir selesai dan anak saya yang berada di Tingkatan 1 akan masuk ke asrama Ahad ini,” katanya dilapor portal itu.

Pekerja restoran itu ketika menjelaskan gambar yang tersebar di internet berkata, individu yang mengayuh basikal itu adalah bapa saudaranya bernama Ali, 60.

Katanya ketika itu beliau terpaksa meminta bantuan Ali untuk menjemput tiga anaknya dari sekolah pada Ahad lalu kerana keretanya rosak.

Sebelum itu pada sebelah pagi Rasuludin meminjam motosikal rakannya untuk menghantar anak-anaknya yang berusia 11, 10, dan 13 tahun ke sekolah di Mergong.

“Saya sedar ia bahaya, tapi saya tiada pilihan. Saya bekerja dan isteri saya terpaksa menjaga anak saya yang berusia sembilan bulan di rumah,” katanya yang juga penerima bantuan zakat.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment