Azan Seri Petaling menyentuh hati lelaki tua Cina berseluar pendek ke Masjid, namun…

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Allahuakhbar – Azan Seri Petaling menyentuh hati lelaki tua Cina lalu berseluar pendek ke Masjid. Semoga Allah kekalkan aku dalam fikir agama yang mulia walaupun seawal pagi telah berusaha untuk selesaikan ehwal dunia. Segala yang berlaku di atas kehendak-Nya dan setiap yang dikehendaki-Nya berlaku adalah ujian kepada kita. Aku memohon kepada semua sahabat sahabat agar mendoakan aku agar dapat mencari beberapa “fikirman” di tempat dimana aku berada sekarang…

Di awal minggu pertama kehadiran aku di sini ada juga beberapa sahabat yang menelefon bertanya khabar dan bercerita tentang usaha agama tetapi akhirnya diam entah kemana…

Well…mau tak mau, untuk kekalkan hidayah maka aku pun buatlah Dakwah infiradi..

Ceritanya,

Aku mendapat berita yang sangat mengembirakan dari sahabat yang bernama Umar Sudanis aka Wad Alshiek Alshiek, sememangnya Umar berasal dari Sudan dan telah menetap di Malaysia serta berkahwin dengan gadis tempatan yang juga bekerja di Petronas.

UMAR SUDANIS

Seperti biasa dalam seminggu pasti sahabat aku Umar Sudan akan mengirim berita atau bertanya khabar, kebiasaannya kalau aku ke Seri Petaling pasti kami akan sempat bersama untuk melepak di kedai mamak di belakang masjid…kami berkawan baik dan kami sering bertukar pandangan juga kadang kala beliau meluahkan perasaan.

Beberapa hari yang lepas Umar Sudan telah menghubungi aku melalui wassap dan mengkhabarkan berita yang amat menyentuh hati dan pasti mengembirakan kita semua…

 

Khabaran itu di sertai photo dan dihantar secara peribadi kepada aku…Masyallah…Allah berkuasa dan makhluk takda kuasa.

Cerita Umar….seorang lelaki tua Cina yang merupakan seorang peniaga kaya raya di Kuala Lumpur telah mendatanginya atas maksud ingin bertanya ehwal Seri Petaling dan agama.

PENIAGA KAYA RAYA

Lelaki tua Cina memberitahu Umar yang dia telah belasan tahun tinggal dan menetap di kawasan Seri Petaling dan belasan tahun juga mendengar suara Azan yang dilaungkan dari Masjid Jamek Seri Petaling atau Markas Dakwah yang berada di atas bukit itu.

Kata lelaki tua Cina itu lagi…beliau juga belasan tahun melihat orang orang Islam yang berjanggut dan berjubah dengan muka yang amat jernih keluar masuk saban hari ke Masjid Seri Petaling…

Luah lelaki tua Cina kepada Umar…hatinya terasa begitu tenang, aman dan damai setiap kali mendengar Azan yang berkumandang dari Masjid di atas bukit itu.

JIKA AZAN MERDU, MESTI SUASANA DI MASJID TENANG

Beliu begitu berkeinginan untuk melihat sendiri akan suasana di dalam Masjid kerana katanya kalau suara itu sudah boleh menenangkan hatinya maka sudah pasti suasana di dalamnya juga pasti lebih lebih lagi tenang.

Maka atas fikir sahabat Umar dan di bantu oleh beberapa orang sahabat dan Ustaz-ustaz, lelaki tua Cina itu telah di bawa ke Masjid Seri Petaling untuk melihat suasana amalan di dalam masjid dan suasana Madrasah.

Allahu…kata Umar Sudanis…Hati lelaki tua Cina itu begitu terharu dan tenang bila melangkah masuk ke masjid dan duduk di atas kerusi melihat umat Islam mengerjakan Solat dan beliu juga begitu tersentuh bila melihat anak anak kecil dan remaja yang sedang belajar agama di Madrasah di Masjid Seri Petaling.

Aku yakin dan percaya bukan sekadar azan yang menyebabkannya tertarik kepada Islam malahan mungkin juga mohol dan suasana yang wujud di persekitaran markas Sri Petaling yang sentiasa di penuhi oleh Daie daie Allah yang mundar mandir di sekitar waema sekadar lepak di kedai mamak untuk berbual dan bersembang sambil mengeteh.

Aku juga telah di hubunggi beberapa kali oleh Umar Sudani aka Wad Alshiek Alshiek yang sering menceritakan tentang lelaki tua cina tersebut.

JOSH YANG MEMBAWA PADAH

Tetapi….pada suatu malam aku telah berbual dengan Umar Sudani setelah beliau beberapa kali menelefon sekembali aku dari tempat kerja di RAPID Project, kali ini aku begitu sedih mendengar cerita dan berita yang Umar Sudani sampai….dan juga aku menjadi sedikit marah….

Peristiwa yang di ceritakan oleh Umar Sudani seolah olah telah menghancurkan segala galanya tentang lelaki tua cina yang mana telah di usahakan oleh Umar Sudani serta beberapa Maulana maulana Sri Petaling.

Di suatu pagi beberapa hari yang lepas Umar Sudani telah di hubunggi oleh lelaki tua cina tersebut iaitu Dato Ho, cerita lelaki cina tua tadi semasa beliau berada di kedai dobinya beliu telah di datanggi oleh beberapa orang lelaki yang berserban besar…

Kumpulan lelaki tersebut telah masuk ke dalam kedainya dan memberi salam, di antara kumpulan lelaki tersebut ada yang menghisap rokok dan mereka telah mendakwah dan membuat tasykil kepada Dato Ho…

Cerita Dato Ho lagi, kumpulan lelaki tersebut bercakap agak kasar dan seolah olah memaksa beliu untuk pergi ke Masjid Sri Petaling…kata Dato Ho ” saya sangat tidak suka dengan cara mereka, mereka mendesak dan memaksa saya sehingga menyebabkan saya menjadi takut dan merasa tidak selesa, kumpulan lelaki tersebut terus mendesak dan mendakwah dengan cara memaksa sehingga saya mengambil keputusan untuk menelefon Polis bagi menghentikan mereka memaksa saya…”

Berlaku sedikit pertelingkahan dan perdebatan, akhirnya saya menelefon kamu…Umar Sudani.

Cerita Umar Sudani bila Dato Ho menceritakan kepadanya tentang ehwal kejadian ini terus Umar Sudani mencapai kunci kereta dan memandu laju menuju ke kedai Dato Ho dan bila sampai di sana kumpulan lelaki yang “josh” tadi telah beredar, Umar Sudani cuba menenangkan Dato Ho dan menerangkan kepadanya tentang perangai dan kerektor segelintir sahabat sahabat Dakwah yang kadang kala menjadi “josh” takala berdakwah…

Umar Sudani tidak berpuas hati lalu pergi ke masjid dan mencari cari kumpulan lelaki tersebut dengan niat untuk memberitahu mereka jangan terlalu josh dengan lelaki cina tua iaitu Dato Ho, cukup lah sekadar memberi salam dan menegur serta menyapanya dengan lemah lembut tak perlu Dakwah dengan josh…!!!

Malangnya Umar Sudani tidak berjaya mencari kumpulan lelaki tersebut sementelah Umar Sudani sendiri tidak melihat mereka…

Bermula dari hari itu lelaki cina tua tersebut menjadi takut takut dan risau serta khuatir dengan orang orang Dakwah apa lagi karkun karkun yang josh…

Allahu Bhai…ini lah dia “Josh yang membawa padah”

Aku pun tak reti nak cerita lebih lebih, pada aku meraka itu telah merosakkan ukhwah yang telah di bina oleh sahabat Umar Sudani…

Hati hati la bila berdakwah yer….

Bhai untuk pengetahuan korang sekarang ni lelaki cina tua tu dah mula membaca tentang Islam dan kehidupan sebagai seorang Islam…Doa kan dia dan kalau kita jumpa dia senyum bagi salam dan ikram jer dia…Insyallah.

Psst : tak payah laa nak josj josh biawak sangat…!!!

 

 

 

Sumber :
– Ali Zaik Bin Ibrahim


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment