Ayah campak sijil halau aku keluar, mak bagi RM30…namun inilah aku sekarang

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Demi memberikan pengajaran erti hidup susah, seorang bapa bertindak nekad dengan menghalau anak lelakinya keluar dari rumah untuk merantau ke ibukota. Khazai Abu Bakar ketika berkongsi kisah hidupnya di Facebook berkata, walaupun tergaman dengan tindakan arwah bapanya itu namun dia terpaksa akur dengan arahan tersebut.

“Dulu Arwah ayah campakan sijil kat aku katanya aku kena keluar cari kehidupan (sendiri) kerana tanggungjawabnya (untuk) memberikan pendidikan kepada aku telah dilaksanakan. Aku tergamam dan siapkan pakaian tak tahu mana hala nak aku tuju (manakala) Arwah mak bagi rm30 (untuk) bekalan aku merantau.

“Aku naik bas Fuh Hup ikut jalan lama (untuk ke Kuala Lumpur (dan) ketika itu merupakan kali pertama aku ke Kuala Lumpur tak ada sedara mara, tidur di Pudu Raya dekat atas bangku (dan) mandi di tandas serta makan nasi lemak bungkus 50 sen air kosong,” katanya memetik kenyataan di status tersebut.

Menurut Khazai setelah keluar merantau dia kemudiannya diterima untuk bekerja sebagai jurujual dengan sebuah syarikat di Jalan Ipoh tanpa sebarang gaji.

“Dapat kerja jurujual tak ada gaji di jalan Ipoh. Setiap pagi aku jalan kaki ka jalan Ipoh ka Pudu Raya. Tak siapa kat pjbt tahu aku tidur kat Pudu Raya (dan) setiap kali ada kereta balik dari kelab malam lalu suluh muka aku terjaga. basuh baju petang.

“Minggu pertama dapat komisen aku sewa bilik kat jalan Ipoh .bilik kosong.tidur atas kotak beralaskan bag kerja sebagai bantal. Masuk Ramadhan . Beli roti 30 sen letak air kosong dlm botol utk sahur dan berbuka free di masjid jamek dan dari sinilah aku mulakan kehidupan aku dan tak siapa yg tahu aku mula hidup sebegini sbb masa itu tak ada FB nak bagi tahu korang,” ujarnya pula.

 

Khazai berkata walaupun dirinya berterima kasih dengan tindakan arwah bapanya itu namun menjelaskan dia masih tidak mempunyai keberanian untuk mengunakan pendekatan yang sama terhadap anak-anaknya.

“Hari ini aku bersyukur dan berterima kasih pada arwah ayah yang ajar aku erti keperitan untuk hidup sehingga aku tak kenal lagi pada keperitan kerana aku telah lalui waktu-waktu yang teramat perit (namun) perasaan marah terhadap ayah kerana halau aku keluar rumah jadi satu kesedaran bagi aku (kerana) kalau arwah ayah tak buat ini aku pun tak tahu aku jadi apa.

“Namun aku tidak ada keberanian ini untuk melakukan pada anak-anak aku. Untung anak-anak aku sekarang mewah namun aku selalu minta mereka untuk bersyukur dengan apa yang mereka miliki sekarang, kerajaan yang ada sekarang.

“Bukan mudah nak bertapak di Kotaraya ini tanpa sesiapa dan tanpa modal. Itulah sebabnya pendatang lebih berjaya dan Malaysia adalah syurga bagi mereka. Beza macai-macai sekarang 24 jam curah rasa tak puas hati di Facebook tapi malas berikhtiar,” katanya pula.

Melalui catatan yang sama Khazai turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada arwah ayahnya kerana telah mengajar dirinya erti kehidupan, kepayahan dan keperitan.

 

Kredit :
– Tepak Bersulam II aka Khazai Abu Bakar
– www.suara.tv


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment