Awas ! Jika anda tidak mahu ini berlaku kepada si manja…serik saya dibuatnya

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Mommies2 sekalian, PLEASE take note ape yang saya nak SHARE ni ya (SEBELUM ANDA BERI SEBARANG KOMEN, BACA DULU SEHINGGA HABIS). Pengajaran yang saya dapat selepas mencuba Petua hilangkan selesema menggunakan teknik bawang putih (Elak sebelum terkena)

1. Kenali jenis kulit baby anda (Nasib saya Baby Medina jenis kulit sensitif. Setiap baby punya kulit yang berbeza, untung bagi mommy yang ada baby kulit normal. Yang ni nak amalkan apa2 petua pun tak apa sebab kulit normal)

2. Sebelum amalkan apa2 petua, pastikan teknik yang digunakan termasuk persekitaran BEBAS KUMAN (mata kasar nampak okay jer tapi kadang cara kita tu dah terjamin kebersihannya kita tak tahu. Sebab tu setiap produk yang nak dikeluarkan/dipasarkan kena melalui lab test untuk menguji BEBAS KUMAN atau pun tidak). Pesan Pakar Kanak2 tadi, memadai sekadar menggunakan Minyak Telon/Yuyi sahaja.

3. Doktor INFORM cecair yang berkumpul di tapak kaki (gelembung) tu adalah MUKUS (Lendir dari dalam badan yang ditarik keluar oleh bawang putih). Tapak kaki Baby Medina ditoreh untuk pastikan mukus tu keluar sepenuhnya dan diberikan ASPIRIN untuk cuci luka & Krim Antiseptik untuk elakkan INFECTION. (PART NI MEMANG KENA BERI PERHATIAN LEBIH) Esok jika masih gelembung lagi memang nak kena pergi PMC segera untuk keluarkan lagi mukus yang terperangkap bawah tapak kaki. (ADA TAK KAWAN2 DI SINI YANG CHILD SPECIALIST? BOLEH TERANGKAN BAIK/BURUK MUKUS NI TAK?)

**Now Baby Medina demam kesan daripada panas bawang putih semalam. Bak kata Doktor, masalahnya bukan pada berapa helai stokin yang digunakan, kalau kulit baby zahirnya dah SENSITIF, if berlapik 10 stokin pun akan beri kesan melecur yang sama mcm Baby Medina. Coz semalam teknik yang saya gunakan lebih kurang sama sahaja seperti yang kawan2 amalkan cuma bezanya saya balut bawang putih tebal2 dengan tisu yang kering (ketebalan sama macam menggunakan 2 stokin) sebelum saya pakaikan stokin. Tak apa lah nasib Baby Medina ALERGY dengan bawang putih, kalau tak cuba petua semalam saya pun tak tahu anak saya alergy bawang putih. Moral of the story, setiap apa petua yang kita nak amalkan, peringatan untuk kawan2 yang bergelar IBU juga, jika yakin petua yang diamalkan terjamin 100% kebersihannya dan bebas kuman, barulah amalkan. Semoga cepat sembuh Princess Mummy…Sedey mummy tengok kaki kamu. Dah ler hidung sumbat, batuknya lagi. Mummy selalu doa biarlah semua sakit kamu pindah pada mummy pun tak apa. Jangan kamu yang sakit…

Note: Oleh kerana Baby Medina ni batuk non stop 3 hari lepas lah yang buatkan saya nak cuba petua2 ni dengan niat nak sembuhkan sakit anak. Baby dah banyak hari tak nak minum susu sebabnya bila minum susu mesti tersedak sebab sambil minum (hidung sumbat + terbatuk2). Kita yang ibu ni pun kesian + seksa tengok rasanya. Saya dah cuba dengan kunyit hidup disapu pada batang hidung memang okay tapi hanya malam tu saja baby dapat tidur lena, bila bangun pagi esoknya hidung sumbat semula. Saya dah cuba dengan minyak masak dicampur bawang putih (sebelum sapu saya selawat dulu), tak lama lepas tu saya nampak jadi merah2 kat dada baby Medina sampai la saya mencuba kaedah letak dalam stokin tu. Itupun bawang putih saya tak letak direct, saya balut dulu dalam tisu bagi tebal baru saya masukkan dalam stokin (masih belum give up dengan kaedah menggunakan bawang putih, sebab tu saya cuba pula kaedah lain). Bila dah jadi macam dalam gambr tu yang buat saya betul2 fobia dan tak berani cuba lagi petua2 lain yang melibatkan direct contact ke baby. Sekarang batuk baby dah pun makin kurang lepas pakar kanak2 syorkan amik nebulizer 3x sehari. Barulah selesema + batuk baby makin kurang. Saya hargai nasihat kawan2 semua yang suggest untuk guna krim herba tropika tapi saya pernah cuba sapu baby oil tro**** (lavender) pada baby, jadi bintik2 merah pada badan baby Medina. Kulit anak saya SANGAT SENSITIF, sebab tu saya tak berani lagi untuk cuba produk2 lain selagi doctor tak recommend. Ibu manalah yang sanggup lihat anak sakit, sebab tu lah saya nak mencuba petua2 tradisional ni dengan harapan hidung tak sumbat lagi, takda lagi batuk non-stop seperti hari2 sebelumnya.

*Moral of the story: Petua tak salah, Bawang putih pun tak salah. Anak saya yang tak sesuai dengan kaedah yang perlu gunakan bawang putih, jadi saya STOP sampai di situ saja. Tak sangka issue ni diperbesarkan sampai mcm ni sekali. Saya pun takda salahkan bawang putih. Apa2 petua yang nak diamalkan sekalipun tuan/puan sekalian jangan dilupa aspek kebersihan juga (pesan doctor saya).

 

Luahan oleh :
– Sophia Safian


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment