Anwar tolak tawaran jadi penasihat Kabinet

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PETALING JAYA – Walaupun mendapat tawaran daripada Perdana Menteri untuk membantu Kabinet, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolaknya. Malah beliau menyatakan rasa percaya terhadap kemampuan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menguruskan kerajaan baharu.

Anwar yang baharu sahaja dibebaskan berkata, Mahathir membuat tawaran tersebut memandangkan beliau tidak mempunyai sebarang jawatan selepas mendapat pengampunan selepas meringkuk dalam penjara selama tiga tahun.

“Tun Mahathir dia baik hati, dia tengok saya macam tidak ada apa, kerja pun tak ada, ahli parlimen pun tak ada, elaun pun tak ada

“Dia kata macam mana, nak tolong dalam Kabinet ke, saya kata Tun you jalan kita sokong you jangan bimbang… saya tidak payah dalam Kabinet saya sokong,” kata beliau semasa berceramah buat kali pertama di Padang Timur malam tadi.

Bagaimanapun, Anwar dalam pidatonya menasihati supaya Ahli Parlimen Pakatan Harapan tidak berebut jawatan menteri dan perlu cermin diri terlebih dahulu sebelum layak memegang jawatan tersebut.

“Ini saya nak peringat Ahli Parlimen dalam ni ramai, asyik nak jadi menteri saja, tengok cermin lah dulu.

“Dah menang, Alhamdulillah, rakyat bagi sokongan, pilih jadi menteri jalan lah kerja, duduk sibuk saya nak jadi menteri, menteri dapur cukup lah,” katanya lagi.

 

Sumber :


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment