“Aku yang lalang kau yang panas” – Wak Doyok

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PASCA-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pelbagai reaksi diterima di media sosial.

Selebriti media sosial, Wak Doyok juga tidak terkecuali.

Dilabel lalang, Wak Doyok atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor kini tampil  menjawab kritikan netizen terhadapnya selepas pesta demokrasi PRU14 berakhir pada 9 Mei lalu.

Menggunakan #AkuYangLalangKoYangPanas dan #Airlalangmemangsedapdiminum Wak Doyok di laman Instagram peribadinya, tenang memberi respon kepada netizen yang mengecamnya susulan tindakannya yang disifatkan sebagai tidak tegas.

“Apa macam suke kutuk orang #AkuYangLalangKoYangPanas.

Wak Doyok dikritik kerana didakwa  mengubah haluannya secara tiba-tiba sejurus selepas Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH) dalam PRU.

Jika mengikut pemerhatian pengikut tegar Wak Doyok di media sosial, sebelum ini beliau setia menyokong BN.

Namun, kini secara terang-terangan dia menyatakan sokongan terhadap PH.

Katanya, tindakan itu (menyokong BN) adalah kerana ingin menjaga periuk nasi dan karier.

“Sekarang mereka menunjukkan sokongan kepada kita, jangan la pulak kita hina. Terima mereka dengan hati terbuka.

Catatan ini ditulis Wak Doyok sebelum ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas satu perjumpaan bersama barisan astis lain .

“Terima kasih Tun M menjemput kami dan memahami orang-orang macam saya yang menyokong dalam senyap,” ujarnya.

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment