Akibat asap rokok, paru-paru bayi mungkin ditebuk elak kuman

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

BATU PAHAT, 26 Okt — Paru-paru seorang bayi berusia sembilan bulan rosak dan darahnya dijangkiti kuman akibat asap rokok. Nur Raisha Aufa Mohd Najib dikuarantin di rumah di Kampung Baru Sri Gading di sini, untuk mengelak terkena jangkitan berikutan organnya itu lemah, lapor Berita Harian.

“Pakar menyatakan punca paru-paru Asha lemah dan sering terkena jangkitan kuman sehingga tidak boleh bernafas adalah disebabkan asap rokok,” kata ibunya Nur Farahani Hamdan, 25.

Beliau berkata anaknya dua kali dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nora Ismail kerana akibat sesak nafas, selain demam panas dan selsema.

Anaknya juga menjalani pelbagai ujian termasuk analisis darah, kali kedua pada Ogos lalu ekoran kesihatannya kembali teruk, katanya.

Nur Farahani berkata, doktor juga mengarahkan mereka mengambil empat vaksin khas untuk paru-paru, batuk, demam dan selsema anaknya di hospital swasta.

Beliau berkata anaknya akan menjalani ujian darah bulan depan dan paru-parunya mungkin ditebuk, malah alat pernafasan khas diperlukan jika ada jangkitan kuman.

Sumber :
www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment