Akak ni ajar cara bayar PTPTN melalui online banking tanpa cas RM1.06 menjadi viral

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

BAYAR PTPTN THRU ONLINE BANKING TANPA CAS RM1.06

Hi semua. Hari ni rasa macam nak share something as I just discovered it last month lepas baca 1 post brader ni berkenaan bayar bil thru JomPAY. Siapa rasa dia bukan peminjam PTPTN, boleh la skip dan scroll post ni lelaju ke atas. Hahaha. But if you want to know about JomPAY, I guess this post might help you to pay any bills, bukan PTPTN je, thru ONLINE BANKING + JomPAY. Dah tak payah susah2 “jawab exam” dekat ATM. Terkial-kial dekat situ menyusahkan orang lain nak keluarkan duit. (This post mungkin nampak sis noob tapi sis dah buat survey & ada geng rupanya ramai tak tahu sebab tu nak share). Selama ni sedekah RM1.06 dekat bank nak bayar bil walaupun sebenarnya ada transaksi yang boleh memudahkan kita. Hekeleh. Hahaha.

So, here is the story about bayaran PTPTN + JomPAY & penolakan secara auto.

Some of us mungkin tak boleh nak bayar PTPTN dengan penolakan gaji, right? Takkan tiap bulan nak minta cuti or time off nak pergi PTPTN bayar kan? Sekarang semua dah dekat hujung jari. Ada fon mahal guna la opportunity ni dengan sebaik mungkin. Benda dah mudah then senangkanlah diri sendiri.

Most of banks dekat Malaysia ni ada JomPAY. Untuk penerangan macam mana nak bayar thru JomPay, baca caption gambar. Sis ada screenshot untuk pengguna Public Bank Online Banking (PBe) dan CIMB Online Banking (CIMB Clicks). Bank2 lain rasanya sama je langkah2 dia, just need to discover sendirilah. Kalau ada 40 bank boleh buat JomPAY tak kan sis nak screenshot 40 bank tu kan? Hahaha.

And you guys tahu tak kita boleh set payment ni monthly? Tak payah nak buat manual tiap2 bulan nak kena log in online banking dan bayar. Transaksi ni dipanggil Standing Instruction (SI) yang mana kita boleh set transaksi tu untuk dibayar secara automatik. Sooo mudah. Bila dah buat macam ni, duit yang sepatutnya bayar komitment, tak de la terguna. Tanggungjawab masing-masing.

Rasa post ni useful for future? Feel free to share. Kalau tak faham tanya ler. Mana sis boleh jawab, sis tolong jawab. Mana yang sis tak balas tu, direct tanya PTPTN la ataupun bank tersebut.

PLEASE RUJUK GAMBAR DI BAWAH INI BESERTA KETERANGAN DI BAWAH SETIAP GAMBAR

LANGKAH 1

Untuk pengguna CIMB Clicks

1. Log In CIMB Clicks
2. Pergi ke tab Pay > Bills > Pay Bills
3. Pilih akaun anda
3. Pilih pilihan ke-3, JomPAY
4. Masukkan Biller Code, kemudian Submit
5. Masukkan Reference No. 1
6. Masukkan Reference No. 2 (No. Telefon)
7. Masukkan amaun yang ingin dibayar
8. Teruskan pembayaran seperti biasa

Nota: Lebih mudah lepas buat transaksi, terus set biller code tu sebagai Favourite. Senang lepas ni tak payah dah nak key-in semula semua step dekat atas.

LANGKAH 2

Untuk pengguna PBe Bank

1. Log In PBe Bank Online Banking
2. Pilih Payment > JomPAY > To Other Bill (sekiranya belum set to Favourite)
3. Pilih akaun
4. Masukkan Biller Code
5. Masukkan Reference No. 1
6. Masukkan Reference No. 2
7. Masukkan amaun
8. Tekan Accept (skrin seterusnya akan minta PAC, masukkan no. PAC dan Submit)

Nota: Setkan Biller Code kepada Favourite. Lepas ni tak payah nak masukkan balik all the details balik semula.

LANGKAH 3

Untuk set pembayaran secara automatik.

Seksyen pertama.

1. Pergi Account > Standing Instruction > Create e-SI
2. Pilih jenis transaksi (Bill Payment To Favourite JomPAY)

LANGKAH 4

Untuk set pembayaran secara automatik.

Seksyen ke-2.

3. Pilih Biller Code yang dah set kepada Favourite tadi.
4. Klik Check Box dan tekan Next.

LANGKAH 5

Untuk set pembayaran secara automatik.

Seksyen ke-3.

1. Pilih Akaun.
2. Masukkan amaun (Tak perlu dah nak masukkan details lagi sebab dah set Favourite)
3. Set tarikh untuk pembayaran ingin mula dibayar/ditolak dari akaun anda.
4. Set kepada bulanan (Monthly)
5. Set kekerapan pembayaran nak dilakukan. Sekiranya nak bayar sampai hujung tahun, kiralah berapa bulan lagi sebelum tarikh pertama pembayaran akan dilakukan.
6. Selesaikan macam biasa, minta PAC no. semua tu.

Nota: Transaksi ini boleh diubah/dibuang sebelum pembayaran dilakukan. Once pembayaran dah dibuat, duit dah tak boleh selamat. Boleh set email/mesej untuk alert kita yang pembayaran dah dilakukan/duit dah ditolak. Untuk semakan transaksi, boleh pergi dekat akaun, dan cek transaksi tersebut semula.

LANGKAH 6

Laman untuk semakan Biller Code, Reference No. 1, Reference No. 2

Link: http://semakanonline.ptptn.gov.my/jompay/index.php

LANGKAH 7

Once Log In Semakan JomPAY PTPTN, laman seperti berikut akan dipaparkan. So dari sini boleh tahu Biller Code dan Reference No. 1. Reference No. 2 ialah No. Telefon.

 

LANGKAH 8

Senarai bank yang menyediakan perkhidmatan JomPAY PTPTN.

JomPAY juga boleh digunakan untuk bayaran bil lain seperti bil air, elektrik, dll. Boleh la berjinak-jinak dengan online banking ni.

LANGKAH 9

Untuk pengguna Maybank2u

1. Log In Maybank2u
2. Pergi ke Account & Banking > Bill Payment > JomPAY > Make A One-Off Payment
3. Masukkan semua details.
4. Masukkan TAC No., payment success.

Nota:
1. Sekiranya nak buat pembayaran lagi, boleh set transaksi ni kepada Favorite Biller. Tekan perkataan Favourite Biller (in blue color). Untuk transaksi akan datang tak perlu lagi untuk isi semula segala perkara.

2. Untuk set kepada auto debit, tekan “Click Here”. Sebelum tu kena set biller/transaksi ni kepada favourite dahulu. Bila dah set kepada Favourite, baru boleh set kepada auto debit. Dan pastikan anda pilih MONTHLY. Kemudian boleh pilih nak buat berapa kali. Sekiranya anda pilih 12, bank akan tolak secara automatic setiap bulan pada tarikh yang telah anda tetapkan. Selepas 12 kali penolakan, tiada lagi transaksi yang akan berlaku.

 

Nota kaki: Ini bukan iklan/marketing berbayar. Haha

Useful links:

1. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan JomPAY (PTPTN to be highlighted)
https://www.ptptn.gov.my/web/guest/soalan_lazim_jompay

2. Semakan biller code dan reference JomPAY
http://semakanonline.ptptn.gov.my/jompay/index.php

3. Senarai bank untuk buat transaksi JomPAY PTPTN
http://www.jompay.com.my/making-a-payment.html#banks

 

Kredit :
– Aare Adha


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment