‘Ahli politik sibuk berlawan, tiada masa untuk rakyat’

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR: Ahli politik Malaysia terlalu sibuk melawan satu sama lain untuk menumpukan perhatian terhadap kesejahteraan rakyat, kata Transparency International-Malaysia (TI-M).

Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada tahap tinggi rasuah di Malaysia.

“Ahli politik bimbang tentang pilihan raya umum (PRU) akan datang, manakala negarawan risau generasi akan datang.

“Ketika ini, kita sedang berdepan kemarau negarawan dan kebanjiran ahli politik. Tetapi, rasuah hanya dapat ditangani negarawan, bukan ahli politik,” katanya pada pelancaran Barometer Rasuah Global TI-M (Asia Pasifik) 2017 hari ini.

Kenyataan Akhbar itu susulan hasil kajian membabitkan 1,009 rakyat Malaysia antara November 2016 hingga Januari lalu.

Dalam hasil kajian itu, 14% responden berkata tindakan mengundi pemimpin politik bersih adalah cara ke-2 paling berkesan untuk membasmi rasuah; 22% berpendapat tiada apa yang rakyat boleh lakukan untuk memerangi rasuah dan 17% percaya rasuah boleh dihapuskan melalui keengganan memberi suapan.

“Orang ramai tidak bodoh. Ahli politik perlu bersih dan dilihat sebagai bersih.

“Keutamaan perlu diberikan kepada rakyat. Tetapi, ahli politik sekarang terlalu sibuk berlawan dan tiada masa untuk rakyat.

“Tambahan, sesetengah ahli politik ini juga terbabit dalam rasuah,” katanya sambil menambah ini adalah sebab beliau percaya kepada kepentingan mengundi calon tepat untuk memimpin negara ini.

Cara lain yang dirasakan berkesan untuk menentang rasuah ialah dengan melaporkan kegiatan rasuah kepada pihak berkuasa (12%); memberitahu rakan atau saudara-mara tentang masalah ini (7%) dan bercakap mengenainya (7%).

Responden turut menyokong tindakan menandatangani petisyen bagi menggesa usaha lebih gigih dalam membasmi rasuah (6%); penyertaan dalam demonstrasi (3%) dan memboikot perniagaan yang didapati bersalah mengamalkan rasuah (2%).

 

Sumber :
– www.freemalaysiatoday.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment