Adam Rosly tampil pertahan maruah MB Selangor dari serangan Pemuda Pas

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang kesal serangan Dewan Pemuda Pas Selangor kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Datuk Adam Rosly Abdullah berkata, pihaknya juga mengecam kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz yang membuat kenyataan nakal terhadap Menteri Besar Selangor.

“Tindakan Nik Abduh untuk menawan Selangor, sudah cukup mengambarkan bahawa Pas yang mula bermain api serta menimbulkan provokasi nakal yang hanya memuaskan nafsu politik serakah UMNO dan Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adam Rosly yang pernah terbabit dalam kontroversi banglo ‘Disneyland’ di Kampung Melayu Ampang baru-baru ini menegaskan pihaknya akan mempertahankan maruah Timbalan Presiden PKR.

Malah beliau memberitahu, semasa kempen pilihan raya umum lepas, AMK Ampang tidak menggunakan khidmat jentera Pas.

“Parti Keadilan Ampang mempunyai kekuatan Angkatan Muda dan Sayap Wanita Keadilan yang cukup serta kami sendiri yang menguruskan segala hal mengenai PRU-13 yang lalu.

“Angkatan Muda Keadilan Ampang kesal, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh setiap dewan pemuda Pas kawasan di Selangor yang menyerang Menteri Besar.

“Seolah-olah sedikitpun tidak menghiraukan masa depan negara yang kini berada di dalam keadaan mendung dan bergelumang dengan rasuah serta salah gunakuasa,” katanya yang juga Timbalan AMK Selangor.

Sebelum itu, Mohamed Azmin dan Nik Abduh saling ‘berperang’ dalam media sosial terutama melibatkan hasrat Pas mahu menawan Selangor pada PRU-14 kelak selain sindiran terhadap kekalahan Nik Abduh dalam pemilihan parti baru-baru ini.

 

Sumber :
– MalaysiaGazette


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment