5 tahun berkahwin dan akhirnya aku mengandung. Inilah rahsianya…

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Assalamualaikum admin. Tq kalau sudi publishkan. Harap berguna untuk pembaca. Sikit pengenalan, aku maria ( bukannnamansebenar) Umur masuk 3 series. Kawen hampir 5 tahun. Alhamdulillah akhirnya tahun ni Allah bagi rezeki untuk mengandung. Kawan kawan dan family semua teruja. Ramai juga yang tanya tips. Makan apa, buat apa. Jadi saya share sini. Semoga bermanfaat.

Masa sebelum dapat zuriat, kami suami isteri antara manusia yang trauma nak balik kampung. Tengok muka orang pon dah tahu depa nak tanya apa. Mak mertua pon sampai biru muka nak menjawab. Sebab kebanyakkan yng bertanya ni sedara sebelah suami. Tapi mak mertua, dari kami kawen sampai sekarang, sentiasa backup aku. Tq mak. Sayang mak. Mak aku? Mak aku rilek je. Haha. Nak cakap apa je. Lagi mental bila adik yang baru kawen, sepupu sepapat kawen je terus dapat baby. Lepas tu muka masing masing ada yang bangga ada yang serba salah. Bangga sebab dapat baby awal dari aku, serba salah sebab takut aku terasa. Awal awal dulu selalu jadi hindustan. Lari lari menangis dalam bilik. Tapi sekarang dah kental. Rilek je. Di bawah ni antara benda yang aku buat. Aku rasa benda ni la yang menyebabkan aku dapat rezeki ni.

1. Ubah perangai.
Aku jenis tak baik sangat. pemalas, suami suruh buat air pon aku malas, mulut lepas, suka kutuk dan mengumpat orang, sembahyang pon akhir waktu. Sehingga la aku terbaca artikel dan aku dengar ceramah. Ustazah tu cskap macam mana Allah nak bagi rezeki kalau diri kita sendiri tak berapa betul. Sembahyang tak. Agama lintang pukang. Pemalas. Rumah macam tongkang pecah. Bakal baby pon rasa tak sanggup nak dapat ibu yang macam tu. Lagi ayat dia, kalau kita tak sampai tahap solat tahajud atau menangis bila doa pada Allah, maksudnya kita ni tak sampai tahap betul betul nak. Jadi senyap senyap aku ubah diri. Susah wei nak berubah. Tahan mulut ni dari mengumpat, kalau nampak orang tak pandai parking, nak parking pon sampai 70jam, aku tahan dalam hati jangan kutuk orang tu. Kalau pekerja kedai slow buat kerja, aku tahan mulut dan hati jangan cakap apa apa. Aku nampak perempuan gedik gedik depan aku ketawa macam langsuir, aku tahan diri tak cakap apa apa. Aku nampak lelaki hensem dengan perempuan tak lawa, aku tak cakap apa. Aku tahan. Aku tahan. Aku tahan. Haha. the struggle is real bagi orang macam aku. Mohon jangan kecam. Aku tak perfect pon tapi suka buat gaya macam perfect sangat kahkah. Aku sekarang more to bersangka baik. Cakap baik baik pasal orang. Contoh kalau colleague aku datang cakap ” ko tau tak si gayah tu hari hari mc..tapi tengok status fb elok plak pegi shopping” aku jawab ” mm maybe tu yang doktor suruh dia buat” kahkah. Atau ” si mail tu baru je tunang tapi dah putus. Ko rasa kenapa?” Nampak pancingan untuk mengumpat. Tapi aku jawab ” takpe la bukan jodoh dia” haha. Ofismate pon malas jadi malas nak mengumpat bila aku asyik cakap macam tu je. Ok sambung

2. Paksa diri tolong orang
Biasa aku la paling malas nak tolong orang. Aku buat hal sendiri je. Tapi aku ubah. Kalau nampak makcik makcik takut takut nak cross jalan, aku tolong pimpin kan. Nampak pakcik pakcik konfius tengok date roti, aku tolong tengokkan. Nampak budak budak takde duit beli tiket lrt, aku tolong bayar kan. Nampak kedai full tapi ada yang tercegat lama, aku laju laju habiskan makan dan bagi seat pada dorang. Nampak makcik beratur beli goreng pisang, aku bagi turn aku pada dia. Tolong buka kan pintu, tolong angkatkan barang orang. Simple je. Tapi rasa macam tenang jiwa.

3. Sedekah.
Sedekah tak banyak pon. Kadang lepas ambil duit di bank, tengok ada makcik cleaner, aku salam dan selit duit. Nampak pakcik makan dengan cucu, aku bayarkan. Selisih dengan budak sekolah, aku bagi seringgit dua. Kalau makan di kedai, ada balance dua tiga ringgit, aku halalkan. Hujung bulan kalaunada rezeki lebih, aku buat makan makan. Atau kalau ada birthday ofismate, celebrate je dengan kek paling kecil ikut kemampuan aku time tu. Atau bagi hadiah contoh tudung yang beli di muaz. Haha. Aku tak kaya. Tapi nak cuba gembirakan orsng. Atau kalau nampak ofismate yang makin kurus, hari hari tak makan, aku sekali sekala belanja dia makan. Tapi jangan tiap hari, nanti aku plak yang tak makan. Setiap kali pegi masjid, WAJIB bagi yang paling besar dalam purse. Paksa suami buat macam tu juga. Sampai hari tu kami ada 50 je tapi aku bagi juga. Tak niat pon dalam hati semoga Allah bagi rezeki lain berganda ganda. Tapi niat, ya allah aku sedekah ikhlas kerana mu dan aku yakin Engkau menjaga kami seperti mana semut yakin dengan Engkau akan menjaga mereka. Aku buat macam tu sebab ada ustaz bagitau, buat apa apa kena ikhlas dan bukan harapkan balasan dari Allah. Contoh macam ko tolong perempuan dengan harapan dia sudi jadi awek kau. Confirm perempuan tu menyampah. Anggap la macam tu. Korang faham ke? Haha. Kalau tak faham, pandai pandailah.

4. Doa
aku amalkan doa Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yunin waj-’alna lil-muttaqîna imama.
Artinya, “Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”. (QS. Al-Furqan: 74). cuba hayati doa ni sampai menangis nangis. Lain rasa dia. Lain. Korang cuba lah. Hari hari aku doa yang ini. Lepas solat dan kalau saja saja duduk, aku baca doa ni. Ustazah pesan, setiap kali doa, ko kena menangis. Paksa diri tu menangis. Lepas tu paksa mak ayah suami adik beradik dan siapa siapa je yang kau jumpa, untuk doakan kau. Doa orang pada kita antara doa mustajab. Betul dah aku rasa. Kalau silap, ampunkan daku. Kau doa pada Allah, kau nak zuriat kenapa? Niat elok elok. Nak ada zuriat sebab nak jadikan dia khalifah Allah. Pejuang agama. Yang mampu sumbang pahala pada kita dan keturunan. Nak zuriat sebab nak sama sama bina keluarga islami. Nak eratkan hubungan suami isteri. Nak peneman dan semangat untuk lebih dekat dengan Allah. Niat kena betul. Kalau ada terlintas dalam hati kau, nak zuriat sebab nak pakaikan baju lawa lawa, nak bertanding fengan orang, istighfar terus. Korang yang ttc macam aku ni kena set dalam kepala. Kita ni special kes, jadi kita kena buat betul betul.

5. Dekatkan diri dengan agama.
Tak perlu sampai jadi ustazah.. tapi hari hari kena paksa diri tu mengaji dan baca tafsir, paksa diri solat awal, paksa diri berdoa dan berzikir lepas solat. Paksa diri dan suami solat berjemaah. Jaga solat biar solat kita berkualiti. aku jenis mekap. Kalau nak solat, aku ambil je wudhuk tak basuh dulu mekap aku. Disitu air wudhuk bukan sah pon. solat aku? Lagi la tak sah. Aku terbayang solat yang tak berkualiti ni di campak ke muka macam kain buruk. Aku sekarang, pencuci muka sentiasa ada dalam beg. Senang. Lepas ni solat tanpa was was. Semoga Allah redha.

Rasa sampai sini je dulu. Point dia, nak sesuatu dari Allah, kena berbaik dengan Allah. Bergantung pada Allah 100%..kalau orang kata, bidan ni bagus, bidan ni hebat, jamu ni boleh bagi zuriat, jamu ni gitu gini. Istighfar dalam hati. Cakap pada diri, ya Allah aku hanya bergantung pada engkau bukan pada jamu dan bidan. Tapi dalam masa yang sama kita kena usaha juga. Berurut. Jumpa doktor. Jaga makan. Cuma kena sentiasa ingatkan diri, Allah yang berkuasa. Bila makan jamu, bila jumpa doktor bila jumpa bidan, betulkan dalam hati, ya Allah Engkau yang maha pemberi maha penyayang maha mengetahu maha berkuasa. Bukan mereka. Aku dok ulang ulang point sama. Supaya korang faham kebergantungan pada Allah itu penting. Ok gais. Semoga bermanfaat. Jangan sedih sedih. Perempuan selagi ada rahim, selagi itu ada chance untuk mengandung. Kalau takde rahim pon, kalau Allah nak bagi, kau siapa nak menafikan. Be positif, be kind, be sweet. Aku doakan korang yang tengah menunggu zuriat, diberikan rezeki zuriat. Aminnya rabbal.

Thanks

Kredit :
– Maria
– IIUM


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment