13 jawapan padu bagi mereka yang tak nak orang miskin makan durian

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

ORANG MISKIN JANGAN MAKAN DURIAN?

1. Durian ini makanan rakyat sebenarnya, orang Eropah dan Alaska saja tak makan durian.

2. Kebanyakkan rakyat Malaysia suka makan raja buah ini. Dari yang kerja kilang sampai yang jaga kilang suka makan durian.

3. Zaman kecil makan durian ini nikmat sekeluarga. Kita buat bulatan ayah akan bawak keluar dari gundi bonet kereta sebab zaman itu orang jual lunggok saja.

4. Lepas makan kita tuang air dalam kulit durian dan minum dari situ. Hilang panas katanya.

5. Cerita sahabat saya yang ada kebun durian dan selalu bagi durian pada sahabatnya:

Tahun 1995-1997 harga durian di Perak sekitar RM5 sebijik, mahal waktu itu. Maka ramai yang berazam memiliki kebun durian durian.

6. Tahun 2004-2007 durian semakin banyak dipasaran, kemuncaknya tahun 2011 hingga 2013 durian tiada nilainya.

7. Waktu itu segundi hanya RM10 sahaja, saya sempat zaman ini. Durian ada dimana mana, ada yang tebang pokok durian untuk tanam kelapa sawit sahaja sebab kecewa tiada harga.

8. Hujung tahun 2014 hingga awal 2015 banjir melanda tenggelam sedikit pokok durian, pokok ini sensitif rupanya. Lebih air terus ia matikan diri.

9. Tahun 2016 durian tiada dipasaran dan sunyi sepi. Tahun 2017 durian mula kembali tetapi dengan harga luar biasa sekali. Semua main timbang kati.

10 . Budaya timbang buah ini saya mula nampak di Petaling Jaya dan Shah Alam saja, beli durian dapat air mineral percuma!

11. Hari ini di Perak sahaja harga durian dah cecah RM18kg.Sebiji jika ditimbang antara harga RM32 hinggaRM36 .Jika nak selesa kita akan beli 2 biji. Harga sekitar RM60 untuk 2 biji durian. Itu beli di Kampung Gajah.

( Sahabat saya cerita tadi ada durian tepi jalan dijual sekilo RM30. Buahnya besar sekali timbang cecah harga RM92! sahaja)

12. Jika dalam keluarga ada 4-6 orang, rasanya 2 biji akan buat ayah telan air liur dan perhati anak makan sahaja.

13. Jangan kita persenda, “dah mahal janganlah makan”, ia makanan orang biasa saja bukan orang kaya satu masa dulu. Kesian anak kecil yang teringin merasa.

Apakah akan sampai masa semua benda jadi mahal seperti ini? Orang miskin makan jagung saja.

Abah Qilah
Makan Timun dan Betik ja! 
Kita Rakyat Jelata 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment